Telaah tafsir Mu'tazilah
Oleh : Yus Yusuf ZT, Imam Syafi''i
Pendahuluan
Dan didalam penulisannya penulis akan membahas tentang
telaah tentang permasalah tafsir diantaranya
adalah Siapa sebenarnya Muktazilah? Apa dan bagaimana ciri khasnya?
Benarkah Hizbut Tahrir sama dengan Muktazilah? Ada apa sebenarnya dibalik tuduhan menyamakan
Hizbut Tahrir dengan Muktazilah?
Pembahasan
a.
Definisi
muktazilah
Muktazilah secara harfiah
berarti kelompok yg terisolir, Secara terminologis pendapat yg paling masyhur
& kuat menyatakan bahwa istilah muktazilah digunakan untuk menyebut Washil
bin Athaâ dan para
pengikutnya yang diisolir oleh gurunya, Hasan al-Bashri, akibat isu al-manzilah
bayn al-manzilatayn. Muktazilah kadang disebut Qadariah, karena isu al-qadr yang
dikemukakan oleh mazhab ini.[1].
sefangkan Orang-orang Muktazilah sebenarnya adalah pendiri yang sebenarnya bagi
ilmu kalam (teologi Islam) hammpir setiap pemikiran penting dalam ilmu kalam
ditemukan landasan di kalangan mereka. Mereka telah membahas sebagian dari problematika
ilmu kalam ini pada tahun-tahun pertama abad ke-2 H.
b.
Sejarah
asal munculnya Muktazilah
Golongan ini mula muncul di
zaman khilafah Umawiyyah di bawah pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik di akhir
kurun pertama hijrah.Para Ulama berselisih pendapat di dalam memberi makna
asal-usul muktazilah itu sendiri.Menurut riwayat yang masyhur di kalangan
jumhur Ulama ia muncul ekoran daripada pertenggahan pendapat Wasil bin Ata'
Al-Ghazzal (80-131H) dengan gurunya Imam Al-Hasan Al-Basri r.a( 22-110H) dalam masalah
dosa besar (مرتكب الكبيرة).Ketika Imam Al-Hasan
sedang mengajar datang seorang lelaki bertanyakan tentang hukum melakukan dosa
besar adakah menjadi kufur atau sebaliknya.Belum sempat beliau menjawab
tiba-tiba bangun salah seorang anak muridnya yaitu Wasil lalu berkata:
"Tidak aku berpendapat bahwa mereka itu mukmin sejati dan tidak juga kafir
secara mutlak bahkan mereka itu berada di antara dua tempat(المنزلة بين منزلتين)" (yaitu antara iman
dan kufur).Lantaran itu,Imam Al-Hasan berkata kepadanya: "asinglah diri
kamu dari kami wahai Wasil".
Ekoran
daripada peristiwa itu dia dan pengikutnya dipanggil golongan muktazilah.Kadang
kala golongan ini dipanggil puak Al- Qadariah dan kadang kala dipanggil puak
Al-Mua'ttilah.Pada asalnya golongan ini sebenarnya memang kuat mempertahankan
akidah Islam tetapi mereka lebih menggunakan mantik akal daripada dalil
naqli(Al-Quran dan Hadis).Mereka memerangi golongan
batiniah(syiah),yahudi,nasrani dan kumpulan-kumpulan yang sesat.Di ceritakan
bahawa Abu Al-Huzail Al-'Allaf(135-226H) salah seorang syeikh Muktazilah di
Basrah telah mengislamkan seramai tiga ribu orang majusi dengan cara berdebat
dan berbincang.Walaupun begitu mereka tersilap langkah dengan menghujum Ahli
Sunnah Wal Jamaah dengan senjata yang sama yang pernah digunakan untuk
memerangi golongan yang menyeleweng dari Islam.
Dalam
tempo yang singkat sahaja pengaruh fahaman golongan ini berkembang begitu cepat
dan mempunyai pengaruh yang besar sehinggakan Yazid bin Al-Walid(125 - 126 H*
tahun memerintah) dan Marwan bin Muhammad dari pemerintah kerajaan Umawiyyah
dan Al-Makmun bin Harun Al-Rasyid(198 - 218H*) , Al-Muktasim bin Harun
Al-Rasyid(218 - 227 H*) dan Al-Wasiq bin Al-Mu'tasim(227 - 232 H*) dari
kerajaan Abbasiyyah telah menjadikannya sebagai pegangan rasmi dalam negara dan
kerajaan.Bahkan mereka ini menggunakan kekerasan bagi sesiapa yang tidak
sehaluan dengan mereka seperti yang berlaku terhadap Imam Buwaiti pengganti
Imam Al-Syafei yang dihukum bunuh dan Imam Ahmad bin Hanbal r.a yang dipenjara
dan disiksa, bertegas mengatakan bahawa Al-quran itu adalah kalam Allah dan
bukannya makhluk seperti yang didakwa oleh golongan muktazilah.
c.
Asas-asas
madzhab Muktazilah.
Antara asas-asas ajaran
Muktazilah ialah:
1
Wajib
mengenal Allah dengan (berdasarkan) akal.
2
Mengingkari
sifat Ma'ani, dan berpendapat al-Quran itu adalah makhluk.
3
Menafikan
melihat Allah (rukyah) kerana akan membawa kepada menjisimkan dan memberi arah
kepada Allah.
4
Berpendapat
bahawa baik dan buruk adalah berdasarkan kepada akal.
5
Allah
mengkehendaki kebaikan dan tidak mengkehendaki kejahatan. Allah wajib membuat
yang baik dan terbaik untuk makhlukNya.
6
Hamba mencipta perbuatan-perbuatannya sendiri
dengan kekuasaan yang diberikan Allah kepadanya.
7
Allah
wajib melaksanakan janji baik dan janji ancaman. Allah juga wajib mengutuskan
rasul.
8
Pembuat
dosa besar akan berada di satu tempat di antara dua tempat, dan tiada syafaat untuknya.
9
Wajib
melakukan amar makruf dan nahi munkar
d.
Maukif
Muktazilah dalam penafsiran al-Qur'an
Secara umumnya penafsiran
golongan muktazilah berdasarkan kepada usul lima seperti yang telah disebut.Mereka
menggunakan hujjah al-Quran untuk menguatkan pegangan mereka tetapi penafsiran
mereka itu berdasarkan pandangan yang bertepatan dengan akidah mereka.Golongan
ini lebih banyak menggunakan logik akal daripada nas al-Quran dan hadis
sehinggakan mereka mampu memperdayakan orang ramai.
Contoh penyelewengan penafsiran mereka terhadap al-Quran.
1). Dalam masalah mereka menjadikan ayat-ayat yang dzahirnya menyokong mazhab mereka sebagai ayat muhkamat (tanpa takwilan) dan menjadikan ayat muhkamat kepada ayat mutasyabih (mempunyai beberapa makna ).Manakala ayat (muhkamat dan mutasyabih) yang bertepatan dengan pegangan mereka, tidak akan diubah statusnya. (silahkan dirujuk al-kasyaf 1/ 337 dan nota kakinya,tafsiran surah ali-'Imran :7)
Contoh;
Status ayat yang diubah daripada muhkamat kepada mutasyabih.Firman Allah swt.( الى ربها ناظرة) -al-Qiamah:23 .Melalui ayat ini mereka mentafsirkan an-nazhar(النظر ) itu maknanya ialah pengharapan (الرجاء) ,penantian terhadap nikmat (التوقع للنعمة ) dan karamah(الكرامة ) bukannya dari nas yang jelas yaitu boleh melihat Allah swt sebagaimana iktiqad ahli sunnah. (silahkan dirujuk al-kasyaf 1/ 337-338 , 4 / 662 ).
Status ayat yang ditukar daripada mutasyabih kepada muhkamat.Firman Allah swt .(لا تدركه الأبصار ) -al -Ana'am 103.Mereka merntafsirkan ayat ini bahawa mustahil melihat Allah di akhirat kelak tanpa takwilan dengan makna yang lain.Penafsiran ini bercanggah dengan ahli sunni yang mengatakan bahawa ayat ini perlu diihtimal dengan makna yang lain. (silahkan dirujuk kepada al-kasyaf 1/ 337-338 , 2 / 54 ).
Status ayat yang tidak diubah
yang bertepatan dengan iktiqad mereka.Firman Allah swt.(ان الله لا يأمر بالفحشاء )
-al-A'araf :28 dan ayat ( أمرنا مترفيها ففسقوا
فيها) -al-Isra': 16 . (sila rujuk al-kasyaf 1 /
337-338 , 2 / 98- 99 ,2 /653 - 654 )
2) Dalam masalah usul al-adl.
Contoh dalam ayat.
(أهم يقسمون رحمة ربّك
نحن قسمنا بينهم معيشتهم فى الحياة الدنيا )
al-Zukhruf:32.Melalui ayat ini mereka mengatakan bahawa Allah swt hanyalah
mengurniakan rezeki yang halal sahaja kepada hambanya dan tidak rezeki yang
haram bahkan manusialah yang berusaha dengan diri mereka sendiri. sebagaimana
yang disebut oleh az-Zamakhsyari dalam tafsirnya al-kasyaf.Ini kerana mereka
berpendapat Allah swt tidak menciptakan perkara yang buruk dan keji.Pendapat
ini bersalahan dengan ahli sunnah yang berpegang bahawa semua makhluk dan benda
adalah diciptakan oleh Allah swt. (silahkan dirujuk pada al-kasyaf, 4 / 248 - 249 ).
3) Dalam masalah manzilah baina manzilataini
Contohnya dalam surah Al-Isra':9-10
ان هذا القرآن يهدى للتى هى اقوم ويشر المؤمنون
الذين يعملون الصالحات
أنّ لهم أجرًا كبيرًا(9) وأن الذين لا يؤمنون بالأخرة أعتدنا لهم عذابًا اليمًا(10)
Az- Zamakhsyari mengatakan:
Az- Zamakhsyari mengatakan:
"jika kamu berkata : kenapa disebut orang-orang
mukmin yang baik dan orang-orang kafir sahaja tidak disebut orang-orang fasiq
?Maka aku berpendapat : Adalah manusia itu adakalanya mukmin bertakwa dan
adakalanya musyrik(kufur) dan sesunguhnya ada wujud orang yang berada antara
dua tempat selepas itu(antara iman dan kufur)" .(silahkab dirujuk pada al-kasyaf 2 / 650 - 651 ).
Ini adalah antara contoh -contoh penafsiran golongan
muktazilah yang dapat disebut dan masih banyak lagi contoh-contoh lain yang
boleh dirujuk di dalam buku-buku yang berkaitan.
e.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar